Menjelang musim perayaan yang akan tiba, pastinya ramai yang akan pulang ke kampung halaman menggunakan kenderaan masing-masing. Tak kurang juga yang pulang bergaya dengan kenderaan baru. Baru atau lama, kenderaan haruslah diperiksa dan diselenggara dengan baik sebelum anda memulkan perjalanan anda. Berikut adalah beberapa perkara penting yang harus diperiksa dan diselenggara agar perjalanan pulang ke kampung halaman anda lancar dan selamat.
1. Cecair dan Pelinciran:
Periksa semua cecair/pelinciran pada kenderaan anda. Ini termasuk, minyak enjin(minyak hitam), coolant, minyak transmisi(minyak gearbox), minyak brek, minyak power
steering dan juga cecair di dalam radiator anda. Tambah cecair/pelinciran pada tempat yang perlu (refer manual kenderaan anda untuk sukatan dan tahap bacaan yang betul. Lakukan "ujian kebocoran" degan menghidupkan enjin kereta anda dan biarkan selama 15 minit. Periksa jika terdapat sebarang tumpahan minyak atau cecair.
2. Tali Sawat dan Hos:
Periksa semua tali sawat spt "timing belt" dan "air cond belt". Lihat jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti merekah atau berbulu. Sila tukar tali sawat yang baru terdapat tanda-tanda kerosakan seperti di atas, terutamanya mereka yang akan berjalan jauh. Cara untuk periksa tali sawat atau hos anda adalah dengan memicit tali sawat atau hos tersebut. Tali sawat yang lembut dan tidak pejal, haruslah ditukar.
3. Bateri:
Periksa tahap elektrolit batteri kenderaan anda. Pastikan elektrolit bateri berada pada paras optimum. Buka penutup atas bateri dan tambahkan air bateri (air suling) ke dalam bateri. Kebanyakan bateri zaman sekarang adalah "maintenance free". Untuk batteri jenis ini, pergi gi kedai batteri untuk periksa kadar voltan di dalamnya. Tukar jika perlu.
4. Brek:
Jika brek kenderaan berbunyi atau kenderaan anda bergegar ketika anda membrek, periksa sistem brek anda. Periksa "brake pad","brake hose" dan juga piston di dalam "brake caliper" anda. Pastikan semuanya berada dalam keadaan baik.
5. Sistem Penyejukan Enjin
Periksa paras air dan coolant di dalam radiator kenderaan anda. Pastikan semuanya berada pada paras optimum. Periksa hos untuk mengesan sebarang kebocoran atau hos longgar. Ketatkan "clamp" pada hos untuk mengelak air menyisp keluar. Untuk perjalanan yang jauh, bawa bekalan botol air untuk dituang ke dalam radiator sebagai langkah berjaga-jaga.
6 Tayar:
Periksa bunga tayar kenderaan anda. Pastikan ianya melebihi 60%. Periksa tekanan angin pada tayar dan buat "tyre rotation" jika terdapat ketidak seimbangan pada corak bunga tayar. Lakukan juga jajaran tayar kenderaan anda supaya kenderaan anda lebih mudah dikawal.
No comments:
Post a Comment